slideshow

Sunday, October 24, 2010

Tugasan CTU101: Kegiatan Surau Atau Masjid Anda Dalam Pendidikan Islam Terhadap Anak Kariah


TAJUK:

Kegiatan Surau Atau Masjid Anda Dalam Pendidikan Islam Terhadap Anak Kariah

DISEDIAKAN UNTUK:

Ustaz Abdul Aziz Bin Harijin

Pensyarah CiTu 101

DISEDIAKAN OLEH:

Shaikh Muhammad Syazwan

2010470616

PROGRAM:

Diploma Perakaunan (AC110)

TARIKH HANTAR:

25 September 2010

ABSTRAK

Tujuan esei ini ditulis adalah untuk mengetahui kegiatan yang dilakukan oleh masjid kariah saya dalam pendidikan islam terhadap anak kariah masjid.Selain, dapat mengetahui perancangan ataupun kegiatan yang dilakukan oleh kariah masjid saya dalam pendidikan islam terhadap anak masjid. Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Asal perkataan masjid daripada bahasa Arab. Membawa pengertian tempat untuk bersujud.

Masjid Jamek Jelutong siap dibina pada sekitar 1942.Masjid ini Terletak di Daerah Jelutong Timor, Georgetown, Pulau Pinang. Antara Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Masjid Jamek Jelutong Terhadap Anak Kariah Nya. Memberi ceramah ,syarahan, kuliah agama latihan membaca Al-quran, bertadarus, majlis khatam Al-Quran dan lain-lain. Walaupun Masjid Jamek Jelutong mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan kepada anak kariahnya tetapi aktiviti yang dijalankan tetap tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan terhadap anak kariah nya,lebih-lebih lagi golongan muda. Kesimpulannnya seluruh umat islam haruslah bersama-sama menegakkan syiar islam disamping mengembangkan agama yang mulia ini di seantero dunia dan meneruskan perjuangan Rasulullah S.W.T untuk menyebarkan dakwah islamiah kepada seluruh muslimin serta muslimat supaya kemenangan akan berpihak kepada umat islam.

Pendahuluan

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Rabb Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda saw. Daku reda Allah adalah Tuhan, Islam adalah Agama, Nabi Muhammad saw adalah Nabi dan Rasul, al-Quran adalah Imam, Kaabah adalah Kiblat dan Mukmin adalah saudara. Wahai tuhanku! Engkau jualah maksud dan tujuanku dan keredaan Engkau jua yang daku cari. Daku mengharapkan kasih sayang-Mu dan kehampiran-Mu.Tujuan esei ini ditulis adalah untuk mengetahui kegiatan yang dilakukan oleh masjid kariah saya dalam pendidikan islam terhadap anak kariah masjid.Selain, dapat mengetahui perancangan ataupun kegiatan yang dilakukan oleh kariah masjid saya dalam pendidikan islam terhadap anak masjid.Bidang yang akan ditulis oleh saya adalah merangkumi pelbagai aspek seperti tentang aktivi-akktivi masjid kariah saya yang akan dijalankan sepanjang tahun,perlaksanaanya terhadap anak kariah,pengertian masjid dari segi bahasa dan juga istilah,dalil daripada Hadith dan juga Al-Quran,pandangan ulamak tentang masjid dan juga kegiatan yang dilaksanakan,konsep masjid,harapan kariah masjid dan para ulamak tentang dasar aktiviti yang dijalankan,dan kesimpulan daripada esei yang ditulis ini.Harapan saya ketika melakukan tugasan ini ialah berharap tugasan yang dilakukan oleh saya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Selain itu,saya berharap agar seluruh anak kariah masjid/muslimin dan muslimat dapat menyemarakkan rumah Allah s.w.t yang mulia dengan mengerjakkan ibadah dengan penuh rasa kekesalan dan ketakwaan serta mengikuti perkembangan program yang cuba dijalankan oleh kariah masjid.Hal ini kerana,ketika melakukan tugasan ini saya mendapati hanya segelintir sahaja anak kariah masjid/ bilangan umat islam yang datang ke rumah Allah s.w.t untuk melakukan ibadah,lebih-lebih lagi ketika mengerjakan solat fardhu.Oleh itu,saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga seluruh umat islam agar kita semua bersama-sama meimarahkan dan mengembalikkkan semula suasana masjid pada zaman rasulullah s.w.t.Kesimpulannya,kita sebagai umat islam sepatutnya peka serta mengambil tahu tentang program ataupun aktiviti yang dijalankan dan sebagai anak kariah masjid kita sepatutnya menyertai aktiviti yang dijalankan oleh kariah masjid kita.

Konsep

Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.

Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.

Asal perkataan masjid daripada bahasa Arab. Membawa pengertian tempat untuk bersujud. Bila sujud, tidak boleh dengan dahi sahaja. Kena letak di lantai bersama dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.Sujud membawa arti patuh, tunduk, taat dan hormat kepada Allah s.w.t. Bermaksud masjid sebagai jantung umat Islam untuk melestarikan ketaatan kepada Allah s.w.t. dalam segenap aspek kehidupan. Dalam surah al-Jin ayat 18 Allah berfirman yang bermaksud

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapa pun bersama-sama Allah"

Dalam pengertian kamus masjid merupakan bangunan tempat

Solat kaum muslimin. Tetapi, kerana maksud asalnya mengandungi

makna tunduk dan patuh, oleh itu, masjid adalah tempat melakukan

segala aktiviti yang berkaitan kepatuhan kepada Allah

semata. Kerana itu Al-Quran sural Al-Jin (72): 18, misalnya,

menegaskan bahawa,

Sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milik Allah,

kerana janganlah menyembah selain Allah sesuatu pun.

Rasul Saw. bersabda,

“Telah dijadikan untukku (dan untuk umatku) bumi

sebagai masjid dan saranan penyucian diri” (HR Bukhari

dan Muslim melalui Jabir bin Abdullah).

Jika dikaitkan dengan bumi ini, masjid bukan hanya sekadar

tempat sujud dan saranan penyucian. Di sini masjid juga

tidak lagi hanya bereti bangunan tempat solat, atau bahkan

bertayamum sebagai cara bersuci pengganti wudu tetapi kata

masjid di sini bererti juga tempat melaksanakan segala

aktiviti manusia yang mencerminkan kepatuhan kepada Allah

Swt.

Huraian

Masjid Jamek Jelutong siap dibina pada sekitar 1942.Masjid ini Terletak di Daerah Jelutong Timor, Georgetown, Pulau Pinang.









Organisasi Masjid Jamek Jelutong

Pegawai Masjid

Imam: Norhisyam B. Ibrahim

Hanafi B. Osman

Bilal: Hj. Kachi Maydin Alapitchay

Yacoob B. Osman

Siak: Rahim B. Jaafar



Ahli Jawatankuasa Qaryah Masjid Jamek Jelutong

Pengerusi: Mohd Yusoff B. Mohamed Noor

Timbalan Pengerusi: Hj. Omar B. Kadir

Setiausaha: Zubir B. Amir

Bendahari: Hj. Abd Aziz B. Shaik Meera

AJK: Saaid B. Jantan

Khairil Anuar B. Kamarudin

Abd Manap B. Abdul Hashim

Hjh. Che Noor BT. Md Zain

Mazlan B. Md Nayan

Mohd Kassim B. Abd Karim

Adnan B. Abdullah

Abu B. Omar

Audit: Ramli B. Rahman(1)

Hj. Bakar B. Ismail (2)

Nama Pengerusi Biro-Biro Qaryah Masjid Jamek Jelutong

Biro Ekonomi: Abd Manap B. Abdul Hashim

Biro Pembangunan Wakaf: Hj. Omar B. Kadir

Biro Pendidikan: Mohd Kassim B. Abd Karim

Biro Dakwah: Mohd Yusof B. Mohamed Noor

Biro Kebajikan Keselamatan Dan Perkuburan : Khairil Anuar B. Kamarudin

Biro Hal Ehwal Pemuda: Mazlan B. Md Nayan

Biro Hal Ehwal Wanita: Hjh. Che Noor Bt. Md Zain

Biro Pengaduan Awam: Hj. Omar B. Kadir

Biro Keceriaan Masjid: Adnan B. Abdullah

Kemudahan

· Tandas Lelaki dan perempuan disediakan

· Bilik berwuduk lelaki dan perempuan

· Kolah untuk berwuduk untuk lelaki

· Bahan bacaan terdiri daripada tafsir al-quran, haraqah dan lain-lain bahan bacaan pendidikan.

· Kelengkapan untuk kenduri seperti khemah, kerusi, meja, pinggan dan sebagainya.

· Alat pengurusan jenazah

· Van jenazah

· Tabung Masjid

· Landskap Masjid

· Menyediakan Audio Sistem

· Ruang Solat

Memang tidak dapat disangkal lagi , bahawa masjid membawa risalah kemasyarakatan dan kerohanian yang agung nilainya terhadap kehidupan ummat Islam . Masjid lah yang menyatukan saf – saf ummat Islam , menyucikan jiwa mereka , menghidupkan hati dan aqal mereka , menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh mereka dan akhirnya menampilkan kekuatan jua hubungan erat mereka .Sesungguhnya telah terbukti bahawa sejarah masjid di dalam Islam , menjadi markaz bagi tentera Islam berangkat ke medan untuk menakluki muka bumi dengan hidayah Allah swt .Dari masjid jua terpancarnya sinaran cahaya dan hidayah buat ummat Islam dan lainnya malah masjidlah juga berkembangnya peradaban Islam . Bukan kah Abu Bakar , Umar , Uthman , A’li , Khalid , Saad , Abu U’baidah dan tokoh – tokoh seumpama mereka yang terdiri daripada pemimpin – pemimpin agung dalam sejarah Islami merupakan anak -anak murid di Madrasah al Muhammadiyyah yang berpusat di Masjid an Nabawi .Antara keistemewaan yang lain , masjid pada setiap minggu berkumandang kalimah al haq menerusi seruan khatib yang menentang kemungkaran , memperjuangkan syariat , menyeru kearah kebaikan , menginsafkan mereka yang lalai , menyeru kearah kesatuan, membasmi kezaliman dan memerangi perbuatan yang melampaui batas .Mengembalikan masjid sebagai tempat kegiatan masyarakat , mendidik tokoh – tokoh dan melahirkan pejuang – pejuang , mengislahkan kefasadan , memerangi mungkar dan membentuk masyarakat berasaskan taqwa dan redha Allah swt.”

Antara Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Masjid Jamek Jelutong Terhadap Anak Kariah Nya

· Memberi ceramah ,syarahan,dan kuliah agama

· Latihan membaca Al-quran, bertadarus dan majlis khatam Al-Quran

· Mengadakan latihan amali mengenai ibadat seperti mengambil wuduk,sembahyang, dan memandikan mayat.

· Mengadakan qiamullai pada bulan puasa

· Mengadakan majlis berbuka puasa pada bulan puasa

· Mendirikan solat tarawih

· Tempat untuk mendirikan solat 5 waktu

· Mengadakan majlis-majlis kebesaran islam seperti nifsu syaaban,israk mikraj, dan maulidul rasul

· Gotong royong perdana

· Mengadakan majlis bacaan yassin pada setiap malam jumaat dan tahlil

· Mengadakan program solat hajat khususnya kepada para calon peperiksaan

· Tadarus Al-Quran

· Mengadakan khusus haji

· Mengadakan penyembelihan lembu pada raya korban

· Kelas Al-quran

· Mengadakan tempat persinggahan untuk orang musafir

· Kuliah subuh

· Tazkirah selama 10-15 minit selepas selesai solat asar

Walaupun Masjid Jamek Jelutong mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan kepada anak kariahnya tetapi aktiviti yang dijalankan tetap tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan terhadap anak kariah nya,lebih-lebih lagi golongan muda.Hal ini adalah kerana mereka leka dan taksub dengan kehidupan dunia yang tidak kekal abadi.Oleh yang demikian Ahli-Ahli Qaryah Masjid Jelutong harus memainkan peranan penting untuk menarik perhatian anak kariah masjid terutamanya golongan muda untuk datang dan memeriahkan rumah Allah S.W.T yang mulia ini.Selain itu anak kariah Masjid Jamek Jelutong kurang mendapat pendedahan tentang ilmu-ilmu islam samaada ilmu yang berkaitan dengan akidah,ibadah,syariah,ilmu mantik,dan prinsip-prinsip islam.Ibu Bapa haruslah bersama-sama untuk mendedahkan ilmu-ilmu agama kepada anak-anak mereka,supaya mereka boleh menjadi insan atau mukmin yang berjaya di dunia serta di akhirat.Pada pandangan saya, pihak masjid perlu meneruskan aktiviti-aktiviti tersebut walaupun tidak mendapat sambutan.Disamping itu pihak masjid perlulah mempergiatkan lagi dalam menyampaikan maklumat kepada anak kariah tentang aktiviti yang dilakukan di masjid, agar lebih ramai anak kariah terlibat dengan aktiviti masjid yang dijalankan.

Penutup

Kesimpulannnya seluruh umat islam haruslah bersama-sama menegakkan syiar islam disamping mengembangkan agama yang mulia ini di seantero dunia dan meneruskan perjuangan Rasulullah S.W.T untuk menyebarkan dakwah islamiah kepada seluruh muslimin serta muslimat supaya kemenangan akan berpihak kepada umat islam.Selain itu kita juga haruslah memeriahkan rumah Allah S.W.T yang semakin hari semakin sunyi.Kita juga haruslah menjaga rumah Allah S.W.T yang mulia ini daripada sebarang kekotoran, serta memperbanyakkan majlis-majlis ilmu kerana ilmu bermula daripada masjid.Selain itu, larangan kepada orang bukan islam untuk memasuki masjid adalah adalah satu cara yang tidak radikal,ini kerana jika masjid di jadikan kawasan larangan kepada “Non Muslim” bilakah mereka akan dapat memahami islam,kerana agama islam adalah agama yang suci lagi syumul.